2/23/11

PENGENALAN

LOGO RASMI OPEN SOURCE



Sumber terbuka tidak sahaja bermaksud akses kepada kod sumber. Terma pengedaran bagi perisian sumber terbuka harus menepati kriteria-kriteria berikut:
1. Pengedaran Semula Bebas
Lesen tersebut tidak menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau memberi perisian sebagai komponen daripada satu edaran perisian lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber. Lesen ini tidak memerlukan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi penjualan tertentu.
2. Kod Sumber
Aturcara tersebut perlu mengandungi kod sumber, dan membolehkan pengedaran kod sumber serta pengedaran dalam bentuk kompil. Dimana sesetengah bentuk produk tidak diedarkan bersama kod sumber, harus terdapat satu cara yang diketahui ramai bagi mendapatkan kod sumber pada kos reproduksi berpatutan atau boleh dimuat turunkan melalui Internet tanpa sebarang bayaran.
Kod sumber haruslah menjadi bentuk utama seorang pengaturcara membuat pindaan terhadap sesuatu aturcara. Kod sumber yang sengaja mengelirukan tidak dibenarkan. Bentuk pertengahan seperti output prapemproses atau penterjemah tidak dibenarkan.
3. Kerja Bersumber
Lesen tersebut harus membenarkan modifikasi serta kerja bersumber dan perlu membenarkan ia diedarkan dibawah terma yang sama dengan lesen perisian asal.
4. Keutuhan Kod Pencipta Kod Sumber
Lesen tersebut boleh menghadkan kod sumber daripada diedarkan dalam bentuk berpinda hanya jika lesen tersebut membenarkan pengedaran fail tampung bersama kod sumber dengan tujuan meminda aturcara tersebut pada masa pembuatan.
Lesen tersebut perlu secara jelas membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda. Lesen tersebut boleh menghendaki kerja bersumber menggunakan nama yang lain atau nombor versi yang lain daripada perisian asal.
5. Tiada Diskriminisasi Terhadap Seseorang Atau Kumpulan
Lesen tersebut tidak boleh mendiskriminisasi terhadap seseorang atau sekumpulan orang.
6. Tiada Diskriminasi Terhadap Usaha Bidang Lain
Lesen tersebut tidak boleh menghalang sesiapa lain daripada mengguna-semula aturcara tersebut bagi sebarang usaha dalam bidang lain.
Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara dalam bidang perniagaan ataupun digunakan dalam kajian genetik.
7. Pengedaran Lesen
Hak yang dikaitkan dengan aturcara harus bersabit kepada sesiapa yang mengedar semula aturcara tersebut tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan.
8. Lesen Tidak Boleh Khusus Kepada Satu Produk
Hak yang dikaitkan dengan aturcara tidak boleh bergantung kepada aturcara tersebut sebagai sebahagian daripada distribusi perisian tertentu.
Jika aturcara ini diekstrak daripada distribusi tersebut atau digunakan atau diedarkan dibawah terma lesen aturcara tersebut, semua pihak yang mana aturcara itu telah diedarkan harus mempunyai hak yang sama dengan mereka yang mendapat hak bersamaan edaran aturcara asal.
9. Lesen Tidak Boleh Menghadkan Perisian Yang Lain
Lesen tersebut tidak boleh meletakkan larangan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian asal. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh menghadkan bahawa aturcara yang lain diedarkan diatas medium sama harus juga perisian sumber terbuka.

Kelebihan

Tiada paksaan untuk menaiktarafkan sesuatu perisian Pembekal bagi perisian berbayar perlu untuk mengekalkan imbuhan pendapatan mereka. Dengan menjual satu produk kepada pelanggan adalah tidak berbaloi. Mereka mengkehendaki pelanggan sentiasa membeli dalam meningkatkan tahap kualiti produk dan menambah ciri-ciri baru. Tetapi mereka yg menghasilkan perisian sumber terbuka kebiasaannya tidak begitu. Contohnya: • Sistem pengoperasian lama bagi Microsoft yang sudah tamat tempoh akan kehilangan support, penyelesaiannya hanya dengan menaiktaraf sistem tersebut: http://www.ther...e/21981.html
Kos efektif Perisian Sumber Terbuka selalunya datang dengan kos yang percuma. Ini membantu syarikat dan seterusnya negara untuk menggunakannya.
Lebih selamat Disebabkan kod sumber adalah terbuka, lebih ramai yang memeriksa kod sumber dan dengan itu lebih banyak kesilapan dijumpai dan dibetulkan. Hasil terakhir yang diperolehi akan lebih selamat dibandingkan dengan kod sumber tertutup bagi kod sumber yang sama.

Linux Istilah Linux atau GNU/Linux (GNU) juga digunakan bagi merujuk kepada keseluruhan edaran Linux(Linux distribution), yang selalunya disertakan perisian-perisian lain sekali dengan Sistem Pengoperasian. Contoh-contoh perisian adalah seperti Pelayan Web, Bahasa Pengaturcaraan, Pangkalan Data(database), Persekitaran Desktop(Desktop environment) (seperti GNOME dan KDE), dan suite pejabat(office suite) seperti OpenOffice.org. Edaran-edaran Linux telah mengalami pertumbuhan yang pesat dari segi kepopularan, sehingga lebih popular daripada versi UNIX yang propritari(proprietary) dan mula mencabar dominasi Microsoft Windows dalam sesetengah perkara.
Kini Linux telah mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat besar seperti IBM, dan Hewlett-Packard. Para penganalisa menujukan kejayaannya ini disebabkan ia tidak bergantung kepada vendor(vendor-independence), kos perkakasan yang rendah, dan kepantasannya berbanding versi UNIX proprietari, serta faktor keselamatan dan kestabilannya berbanding dengan Microsoft Windows. Ciri-ciri ini juga menjadi bukti kepada keberkesanan model pembangunan sumber terbuka.
Linux merupakan asas kepada kombinasi perisian-pelayan LAMP, kependekan daripada Linux, Apache, MySQL, Perl/PHP,Python. LAMP telah mencapai kepopularan yang luas di kalangan pembangun Web.

Pengenalan Perisian Sumber Terbuka

Sumber terbuka merujuk kepada beberapa prinsip dan amalan tertentu yang menggalakkan akses kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan. Istilah ini biasanya digunakan pada kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat dan diubah secara bebas oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan undang-undang harta intelek Amalan ini membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai.

2/20/11

Senarai Open Source


TEKNOLOGI 'OPEN SOURCE'Open source sudah hampir 20 tahun berjaya dalam penghasilan perisian utama, kebanyakannya adalah infrastruktur domain iaitu protokol penggunaan, servers, pembinaan rangka kerja dan utiliti yang membolehkan program emel, browsers dan aplikasi lain yang kita perlukan.Terdapat ribuan perisian aplikasi open source di seluruh pelosok dunia ini.Namun begitu, berikut merupakan antara perisian yang bersesuaian dengan bidang pendidikan :

LINUX - www.linux.org- Red Hat Linux dari Linux merupakan sebaran yang paling cepat di United States.- Ia menawarkan kemudahan penyediaan, penggunaan dan penyelenggaraan.- Satu lagi sebaran yang juga cepat ialah Yellow Dog Linux. Ia berasaskan Red Hat. Kedua-dua cara ini boleh memberi nyawa baru kepada komputer lama.- Linux mempunyai reputasi yang menjalankan mesin-mesin lama dan tua. Ini merupakan satu bonus di mana ada sesetengah sekolah sememangnya mempunyai peralatan yang sudah lama.


OPEN OFFICE - www.openoffice.org- Open Office merupakan satu alternatif yang sangat baik bagi menggantikan Microsoft Office.- Ia boleh berfungsi dalam mana-mana platform utama dan ia merupakan percuma sama sekali.- Justeru itu, sekolah tiada lagi masalah untuk mencari dana bagi membeli lesen untuk MS Office.

uPORTAL - www.uportal.org- uPortal adalah percuma, boleh berkongsi portal di bawah satu perkembangan oleh sesuatu institusi pendidikan.- Kumpulan ini melihat sesebuah portal institusi sebagai satu abridged dan diubahsuai oleh institusi tersebut. Versi Web Kampus bersaiz poket.- Teknologi portal ini menambah ‘pengubahsuaian’ dan ‘komuniti’ kepada Web Kampus yang telah sedia ada.- Pengubahsuaian membenarkan setiap pengguna menghasilkan sebuah web kampus yang unik dan menarik.

LAMS - www.lamsfoundation.org/- LAMS International dan LAMS Foundation diuruskan oleh Macquarie University in Sydney Australia.- LAMS merupakan satu revolusi terhadap rekabentuk, pengurusan dan penyampaian aktiviti pembelajaran kolaboratif secara online.- Ia menyediakan pendidik dengan langkah-langkah secara visual untuk membina urutan aktiviti pembelajaran.- Aktiviti-aktiviti ini termasuk beberapa tugasan individu, projek berkumpulan dan aktiviti keseluruhan kelas berdasarkan isi kandungan dan kolaborasi.- LAMS menggalakkan guru mahupun pelajar untuk meningkatkan tahap interaksi dan kepuasan yang seterusnya dapat meningkatkan pembelajaran.

MOODLE - www.moodle.org- Moodle ialah satu course management system (CMS) – satu pakej perisian yang direka untuk membantu pendidik merekabentuk kursus-kursus online yang berkualiti.- Seperti sistem e-learning yang kadangkala dikenali dengan Learning Management Systems (LMS) atau Virtual Learning Environments (VLE).- Salah satu kelebihan utama dalam Moodle ialah ia mempunyai asas yang kuat dalam social constructionist pedagogy, ODBC dan sebagainya.- Moodle boleh digunakan dalam 40 bahasa.

Terdapat pelbagai Open Source yang terdapat di pasaran masa ini.
Antaranya adalah XENU, ANALOG, GRISBI, MP3 GAIN dan yang paling popular masa kini adalah MOZILLA FIREFOX. Anda boleh dapatkan senarai open source melalui link yang saya sediakan ini. http://opensourcelist.org/software/